Kerana nak jadi model....
Apabila teringatkan kembali kejadian yang menimpa saya dan mak di sebuah pasar raya memang lucu sangat.Pada suatu hari saya mengikut mak ke pasar raya untuk membeli belah.Pasar raya besar tersebut mempunyai dua tingkat dan setelah memilih barang di tingkat dua,kami berdua menuruni tangga.Pada masa itu saya dan mak memegang bakul dan berbual-bual,mak saya yang memakai kasut tumit tinggi tiba-tiba jatuh.Kami berdua malu-malu sebab ramai yang melihat kejadian tersebut.Kami berpandangan sesama sendiri dan akhirnya kami sendiri yang ketawa.Nak tahu kenapa tiba-tiba mak saya terjatuh??? Semasa kami berbual-bual saya ada nyatakan kepadanya bahawa saya ingin sekali menjadi model muka ah lama saya impikan sejak umur saya lapan tahun lagi.Mungkin kerana terkejut dengar saya nak menjadi model muka depan,terus mak saya terjatuh.Lucu kan??Sampai sekarang kejadian tersebut masih segar di ingatan saya.pasti saya akan tersenyum sendirian terkenangkan peristiwa tersebut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment