Mengikut kamus Dewan , istilah dadah boleh diertikan sebagai ‘ ubat-ubatan’. Sekiranya pengertian ini diambil , maka rokok dan arak tidak termasuk dalam golongan dadah. Namun begitu, ada pendapat yang mengatakan pendapat ini adalah kurang tepat.
Mengikut pendapat lain, dadah adalah sejenis bahan atau campuran bahan kimia psikoaktif yang digunakan bukan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang . Ia biasanya diambil secara haram, boleh meninggalkan kesan ketagihan dan menyebabkan perubahan yang buruk dalam fungsi atau struktur fisiologi organisma.
Kimia psikoaktif ini mempunyai kesan yang amat ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Seterusnya ia akan melibatkan perubahan perasaan, kelakuan dan pemikiran. Tidak semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan sebagai dadah. Apa yang diistilahkan sebagai dadah ialah bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri ketagihan iaitu pada penggunaan untuk diri sendiri samada ditelan, dihidu, dikunyah, dihisap atau disuntik.
Penggunaan bahan yang bertujuan salah ini dan menjejaskan sistem saraf pusat diistilahkan sebagai dadah . Dadah ini lebih senang diambil berkali-kali kerana kesan khayal yang boleh didapati daripadanya. Jika dadah ini tidak diambil, ia akan menyebabkan penagih mengalami simptom pengunduran seperti muntah-muntah, cirit-birit, selalu bersin, menguap dan sebagainya.
Perlu diingatkan di sini, bahawa dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol serta alkohol walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan seperti dadah. Antara bahan yang dikatakan dadah ialah tembakau, amfetamin, barbiturat, ganja, kakain, halusinogen, candu, morfin, heroin dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment