friendship Never ends

Clip Art

[MahligaiKu] Nilai RM5


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla
Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali
bangun tidur,dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur.Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta
melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak
kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.
Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.Ada orang tua
berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin
kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery
sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan
bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan,
tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan
berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai
seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada
sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk
sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
Beberapa
gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan
memberisenyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.
Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat
busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
“Nak apa?!”
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”
Dia
bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti
takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak
di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua
menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau
pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput.
Menjijikkan!
“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!”
Berkata
sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,
membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di
rumah itu ditutup rapat.
Orang
tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini
tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok
satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan
kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.
Peraih
berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan
beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah
kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar
pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah
seperti itu. Bodoh!!
“Sudah nak!!”Pakcik
itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan
kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayanuntuk fakir
seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi , sebaliknya dia memegang
lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan
mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
“Nak,
seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum
pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya
seringgit.”
Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang
tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia
melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda.
Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan
nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna
kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di
kota lumpur. Keras diselaputwang kemewahan, kemudian keluar dengan
segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau
aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan
di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang
tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat
orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi
barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang
sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti
fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi
senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”.
Bunyinya
seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk
seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu.
Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka
simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak.
Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung
melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah.
Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup
berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak
menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak
seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura
susah. Ambillah semula, nak.”
Pakcik itu
meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku
sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh
langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat,
itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai
ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita
angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah
ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang
ke tepi.
Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”Mendatar
sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Diaterbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit
di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung
lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang
boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli
sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
jika tidak dapat apa yang kita suka…belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat..” renungkan….

Keluasan Neraka yang amat dasyat


Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya.
Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Kasih dan Cinta dalam Islam


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan

Fitrah Yang Menjadi Fitnah


Remaja dan cinta - dua perkara yang bagaikan sudah sebati. rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintai.
Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan sekali-kali bermain cinta,nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Pohon Cinta TerlarangAllah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta.Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah. Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi jgnlah ada niat-niat yg jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat utk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yg akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini seburuk namanya -Cinta Monyet!
Putus CintaHendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yg dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jgn sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yg disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yg gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dgn rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.
Jaga Iman, Hiasi Amal
Wassalam

ADAB DENGAN IBU BAPA

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga. 

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya: 

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud: �Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.� (Surah an-Nisaa�, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya. 
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah: �Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya.� (Surah an-Nisaa�, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. 
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja. 
Allah berfirman yang bermaksud: �Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil.� (Surah al-Isra�, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma� Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah 
Aku berkata: �Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?�

Jawab Baginda: �Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.� (Muttafaq Alaihi).

adab berjiran

Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain. 
Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda;
“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”
(Riwayat Muslim)

Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takabbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan. 
6. Menyintai mereka seperti mana kita menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai. 
Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang diberikan.
Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11. Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya, anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri mereka.
Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.
Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.
Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.
Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah mereka.
Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut untuk mereka nikmati.
Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.
Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
“ Jiran Sepakat membawa Berkat”

12 BATAS PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Pergaulan lelaki dan perempuan adalah harus jika dijaga etika berikut:
1.Pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan.
2.Menahan pandangan daripada melihat aurat atau melihat bukan aurat dengan syahwat.
3.Menghindari berjabat tangan.
4.Memakai pakaian yang menepati syariat (menutup aurat).
5.Tidak bersesakan dan elok jika ada pemisah.
6.Menghindari khalwat (berdua-duaan), namun dibolehkan jika khalwat di kawasan awam yang ada ramai orang atau seorang lelaki dengan beberapa perempuan yang thiqah (boleh dipercayai dari sudut pegangan agamanya).
7.Tidak terlalu lama dan berulang.
8.Menghindari tempat yang mencurigakan.
9.Menjauhi perbuatan dosa.
10.Perempuan bercakap tidak mengunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda.

“maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya).” – (Al-Ahzab:32).

11.Elakkan pergerakan yang manja dan menggoda.
12.Tidak memakai pewangi.