Kepada ibu taat diberi,
Nasihat ibu usah diingkari,
Jaga kata budi pekerti,
Doakan beliau saban hari.
Awal pagi hingga ke petang,
Ibu mengurus anak tersayang,
Tubuh yang penat bukan penghalang,
Anak sihat penatnya hilang.
Sejak lahir hingga besar,
Pelbagai perkara ibu ajar,
Saat senang atau sukar,
Budi ibu sukar di bayar.
Nasihat ibu jangan dibantah,
Walaupun susah serta payah,
Kasih sayang perlu ditumpahkan,
Kepada ibu kasih diserah..
No comments:
Post a Comment