friendship Never ends

Clip Art

facts about fart.. hehehe


Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat 
didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok 
didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya 
dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. 
Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim 
sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak 
tahulah.Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...

Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang 
meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia 
dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam 
perut.
Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida 
dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada 
sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh 
bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. 
Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah 
yang besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi? 
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi 
bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. 
Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi 
punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada 
kentut biasa? 
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari 
nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai 
pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melaluo bahagian yang 
kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam 
bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. 
Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan 
cara ini.
Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. 
Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan 
pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, 
panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih 
tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-
Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi 
mempunyai bau yang hebat.
Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas 
kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut 
sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang 
dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang 
lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti 
kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut 
itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam 
tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang 
kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang 
kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan 
akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh 
dinding-dinding.
Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau 
oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil 
masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika 
kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada 
masa yang sama kita kentut.
Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas 
mati.
Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma 
lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara 
individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. 
Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin 
menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak 
per kentut.
Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai 
konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut 
lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan 
kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama 
bagi keduanya.
Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di 
dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang 
baik, satu rumah akan dengar.
Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu 
raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria 
akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah 
seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia 
tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap 
laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.
Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api 
boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh 
terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang 
suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera 
terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, 
anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan 
anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. 
Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik 
dengan kentut.
Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-
kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan 
Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila 
diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu 
senjata.
Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-
anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan 
bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana 
sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai 
anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.
Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui 
sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau 
larut dalam cairan.
Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar 
setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan 
dengan cara apabila: 
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan 
daripada gas atau cairan.
Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, 
dan bukannya benda yang lebih hebat?
Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil 
lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan 
menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem 
penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, 
cubalah telan gas kentut orang lain.
Adakah kentut mampu membunuh? 
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi 
menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US 
menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini 
disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), 
jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang 
dan memecahkan intestine mereka.
Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.
Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik. 
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut 
dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk 
menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena 
lempang tu adalah...
Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah 
dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.
Adakah para moderator dan administrator di Jiwang.Org juga kentut?
Mereka juga manusia biasa. Ada yang menjadikannya sebagai suatu hobi. 
Cuma apabila dituduh mereka akan cepat-cepat mengunci topik itu. Tak 
kiralah berapa banyak post atau berapa besar pun kuasa mereka. Mereka 
tetap kentut.
Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut 
memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang 
sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa 
dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. 
Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.

[MahligaiKu] Nilai RM5


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla
Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali
bangun tidur,dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi,
bercampur-campur.Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan
kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta
melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak
kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari.
Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.Ada orang tua
berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin
kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery
sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan
bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan,
tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan
berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru
beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai
seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada
sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut
disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh
menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk
sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
Beberapa
gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan
memberisenyuman.Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.
Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat
busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
“Nak apa?!”
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
“Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..”
Dia
bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti
takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak
di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua
menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau
pudar senteng.Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput.
Menjijikkan!
“Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!”
Berkata
sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih
meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,
membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di
rumah itu ditutup rapat.
Orang
tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini
tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok
satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan
kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.
Peraih
berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan
beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah
kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar
pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah
seperti itu. Bodoh!!
“Sudah nak!!”Pakcik
itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan
kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayanuntuk fakir
seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.Tapi , sebaliknya dia memegang
lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan
mengelap mata dengan hujung kemejanya.
“Kenapa ni? Gila?!”
“Nak,
seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik
kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum
pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya
seringgit.”
Dia bersungguh-sungguh melihat ke
dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang
tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia
melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda.
Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan
nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna
kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di
kota lumpur. Keras diselaputwang kemewahan, kemudian keluar dengan
segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau
aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan
di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang
tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat
orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi
barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang
sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti
fakir. Mungkin..Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi
senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
” Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?”.
Bunyinya
seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk
seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas
tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.Aku terkedu.
Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka
simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
“Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak.
Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung
melihat kami. Ambillah ini semula.Pakcik juga punya maruah.
Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup
berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak
menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak
seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura
susah. Ambillah semula, nak.”
Pakcik itu
meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku
sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh
langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
“Lihat,
itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai
ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita
angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah
ikan.Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang
ke tepi.
Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati.”Mendatar
sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Diaterbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit
di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung
lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang
boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli
sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
jika tidak dapat apa yang kita suka…belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat..” renungkan….

Keluasan Neraka yang amat dasyat


Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang
kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah
mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah
muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh
supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang
yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu
benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya.
Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan
selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun
sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam
gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah
yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu
digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana
sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan
perhiasannya besi,
dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan
api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang
tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000
tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua
tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat
orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya
dari kaum majusi
bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail
diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum
sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,
sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya
sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada
seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.
a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk
ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari
Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah
Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Kasih dan Cinta dalam Islam


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”
______________________________________
“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan